Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Ni aku nak cerita satu kedai makan yg bagi aku amat sedap dan berbaloi tapi tak ramai yang tahu kedai ni…. lokasinya pun jauh sikit drpd area pekan.

Restoran ni namanya LEPAK KAMPONG FOOD STATION boleh try wave atau google jer lokasinya di Kampung Batu Gajah Jln Ayer Hangat, ianya diusahakan oleh pasangan suami isteri since 2021 dan mereka jugalah yang menjadi tukang masak bg restoran ini.

Antara jenis makanan yang paling Top di kedai ini adalah seperti,
Char Kuey Teow, Shellout, Gulai Panas


manakala menu- menu lain juga seperti western, nasi goreng dan Tom Yam.




Restoran ini juga mempunyai ruang parking kenderaan yang luas serta ruang makan juga berbagai pilihan antaranya ruang makan bersila di dalam kedai, area kaki lima kedai dan ruangan padang diluar kedai. Ianya amat selesa sesuai semua jenis golongan samaada yg couple atau family.



Jadi jika anda datang bercuti di Langkawi aku rekomen sangat korang cuba makan kat sini.Buka pada pukul 6 petang hingga 12 malam…Manakala cuti pula pada setiap JUMAAT dan SABTU.
Korang juga boleh tengok detail jenis2 makanan dan update terkini dekat Facebook Pages mereka:
https://www.facebook.com/lepakkampongfoodstation?mibextid=LQQJ4d
Boleh buat tempahan atau pertanyaan terus dengan owner kedai ni:
Wssap/Call : 019-5640251 Pn.Liza
So kalau ada antara korang yg dtg makan kedai ni bolehlah bagi komen dan review tanda sokongan…tq semua
Filed under: Kereta Sewa Langkawi | Leave a comment »


